Pengguna Motosikal Dikambinghitamkan | Amarjeet Singh @ AJ
Pengguna Motosikal Dikambinghitamkan | Amarjeet Singh @ AJ Pengguna Motosikal Dikambinghitamkan Oleh Amarjeet Singh @ AJ Setiap kali Kuala Lumpur lumpuh, setiap kali Lembah Klang bertukar menjadi tempat letak kereta paling panjang, pasti ada suara berkata, “Motorlah punca jem.” Benarkah? Atau kita sedang mencari jalan mudah untuk menyalahkan golongan yang hanya cuba menyesuaikan diri dengan sistem yang sedia ada? Satu Cerita Ringkas Di Jalan Raya Dua lelaki keluar rumah jam 6.30 pagi. Seorang memandu kereta. Air-cond terpasang. Kopi di sebelah. Dia seorang diri dalam kereta. Seorang lagi menunggang motosikal. Helmet dipakai. Panas terasa. Risiko sentiasa ada. Kedua-duanya mahu sampai ke tempat kerja. Mahu cari rezeki. Jalan mula perlahan. Bukan kerana motosikal. ...