FAM, FIFA & Jalan Ke Depan: Berhenti Berdebat, Mula Membina
FAM, FIFA & Jalan Ke Depan: Berhenti Berdebat, Mula Membina Analisis Tadbir Urus Sukan Pelan Pembinaan FAM, FIFA & Jalan Ke Depan: Berhenti Berdebat, Mula Membina Oleh Amarjeet Singh @ AJ • Coaching4Champions FIFA menghukum, rayuan dalaman ditolak, perbincangan hangat meletup. Ada yang mahu hentikan di sini, ada yang desak ke CAS, ada yang minta siasatan jenayah. Artikel ini merumuskan realiti undang-undang, menjawab hujah popular, dan cuba mengalih fokus negara kepada perkara yang paling penting: melindungi pemain, membaiki sistem, dan membina semula pembangunan bola sepak Malaysia. 1) Realiti Hari Ini — Bukan Lagi Spekulasi FIFA kekalkan denda terhadap FAM; 7 pemain digantung 12 bulan. FAM mempertimbang untuk membawa kes ke Court of Arbitration for Sport (CAS). Kerajaan diingatkan agar b...