MARRIAGE: A WEDDING… OR A HOME?

MARRIAGE: A WEDDING… OR A HOME?

A reflection on love, intention, commitment — and why many homes collapse.

By Amarjeet Singh @ AJ


Marriage.
A status.
A ceremony.
A promise.
A security.
A wish.

But today… sometimes it is nothing more than a beautifully organised event.

A hall.
A stage.
Lights.
Photographers.
Designer clothes.
Perfect smiles for social media.

Yet behind the pictures… many marriages begin without understanding what marriage truly means.

Across many societies, divorce statistics continue rising. In some places, a marriage collapses every few minutes.

So the real question is not about weddings.

Do people truly understand love… marriage… and commitment?

Or has marriage quietly become something else?

A legal license for intimacy?
A social status badge?
A financial arrangement?
A family expectation?
A trade-off between security and companionship?


THE SOCIAL MEDIA GENERATION

Today the world of social media has created a very different picture of marriage.

Scandals go viral.
Arguments become public entertainment.
Private conflicts become public debates.

We see endless posts and accusations.

Some say the husband failed to provide.
Some say the wife failed her duties.
Some say the family interfered.
Some blame money.
Some blame expectations.
Some blame society itself.

Everyone points fingers.

But few ask the deeper question.

Did the couple truly understand what marriage meant in the first place?

Because marriage is not a competition of roles.

Not who earns more.
Not who sacrifices more.
Not who wins the argument.

Marriage is about partnership.

But social media rarely shows that reality.

It shows scandals.
It shows broken relationships.
It shows people showing off lifestyles.

What it rarely shows is the real work behind a lasting marriage.

Daily patience.
Quiet sacrifices.
Forgiveness.
Growth.


THE HIDDEN SECRETS OF MARRIAGE

Movies show romance.
Social media shows luxury.
Wedding photos show perfect smiles.

But the real foundations of marriage are rarely discussed.

Is marriage only about puppy love?
Is it only about physical attraction?
Is it about financial security?
Is it a business agreement?
Is it a trade-off between comfort and companionship?

Or is it something deeper?

A partnership.
A shared responsibility.
A commitment to build a life beyond two individuals.


THE BIG LIE

People spend a year planning the wedding…

But not even a week preparing for the marriage.

We plan the venue.
We plan the outfits.
We plan the menu.
We plan the decorations.

But who prepares couples for:

Conflict?
Financial pressure?
Parenthood?
Emotional maturity?
Long-term commitment?

And when reality appears…

The illusion fades.

Arguments begin.
Expectations clash.
Distance grows.

And eventually… the lawyers enter the story.


THE HARD TRUTH

Anyone can organise a wedding.

Money can buy the hall.
Money can buy the clothes.
Money can buy the photographs.

But money cannot buy maturity, loyalty, respect or commitment.

That is why many houses are full…

Yet so many homes are empty.

So before you rush into marriage, ask yourself one brutal question:

Am I ready to build a home…

or just a wedding?

Because a wedding lasts one day.

But a broken marriage can haunt a lifetime.


PERKAHWINAN: MAJLIS ATAU RUMAH TANGGA?

Satu renungan tentang cinta, niat, tanggungjawab dan mengapa banyak rumah runtuh.

Oleh Amarjeet Singh @ AJ


Perkahwinan.
Satu status.
Satu majlis.
Satu janji.
Satu keselamatan.
Satu harapan.

Tetapi hari ini… kadang-kadang ia tidak lebih daripada sebuah acara yang dihias indah.

Dewan besar.
Pelamin cantik.
Lampu terang.
Jurugambar profesional.
Pakaian mahal.
Senyuman sempurna untuk media sosial.

Tetapi di sebalik gambar-gambar itu… ramai yang memasuki perkahwinan tanpa benar-benar memahami makna perkahwinan.

Statistik menunjukkan perceraian berlaku semakin kerap di seluruh dunia.

Jadi persoalan sebenar bukan tentang majlis perkahwinan.

Adakah kita benar-benar faham apa itu cinta… perkahwinan… dan komitmen?

Atau sebenarnya perkahwinan telah berubah menjadi sesuatu yang lain?

Lesen sah untuk hubungan fizikal?
Status sosial?
Perjanjian kewangan?
Tekanan keluarga?
Atau satu pertukaran antara keselamatan dan keselesaan hidup?


KENAPA ORANG BERKAHWIN?

Jika kita jujur melihat realiti hari ini, sebab orang berkahwin sangat berbeza.

Ada yang berkahwin kerana cinta.
Ada yang berkahwin kerana keselamatan.
Ada yang berkahwin kerana wang.
Ada yang berkahwin kerana harta.
Ada yang berkahwin kerana takut kesunyian.
Ada yang berkahwin kerana masyarakat kata sudah tiba masa.
Ada juga yang berkahwin hanya untuk menunjuk kejayaan kepada dunia.

Tetapi hakikat yang ramai tidak mahu akui ialah ini.

Perkahwinan bukan tentang membina sebuah rumah.

Perkahwinan adalah tentang membina sebuah rumah tangga.


RUMAH VS RUMAH TANGGA

Rumah senang dibina.

Boleh beli.
Boleh ubah suai.
Boleh hias cantik.

Tetapi rumah tangga dibina dengan perkara yang jauh lebih mendalam.

Kesabaran ketika masalah datang.
Hormat ketika pandangan berbeza.
Kepercayaan ketika keadaan sukar.
Pengorbanan apabila ego perlu diketepikan.
Kematangan apabila kedua-duanya berubah dan berkembang.

Perkahwinan bukan sekadar dua orang tinggal di bawah satu bumbung.

Ia adalah dua individu yang memilih satu sama lain — setiap hari.


DUNIA MEDIA SOSIAL

Hari ini media sosial telah mencipta gambaran yang sangat berbeza tentang perkahwinan.

Skandal menjadi viral.
Pertelingkahan menjadi tontonan.
Masalah rumah tangga menjadi hiburan masyarakat.

Kita sering melihat tuduhan terbuka.

Ada yang kata suami gagal memberi nafkah.
Ada yang kata isteri gagal menjalankan tanggungjawab.
Ada yang salahkan keluarga.
Ada yang salahkan wang.
Ada yang salahkan masyarakat.

Semua orang menuding jari.

Tetapi sangat sedikit yang bertanya soalan sebenar.

Adakah pasangan itu benar-benar memahami apa itu perkahwinan sebelum mereka berkahwin?


RAHSIA YANG JARANG DIBINCANGKAN

Filem menunjukkan romantik.
Media sosial menunjukkan kemewahan.
Gambar perkahwinan menunjukkan kebahagiaan sempurna.

Tetapi asas sebenar perkahwinan jarang dibincangkan.

Adakah perkahwinan sekadar cinta sementara?
Adakah ia hanya tarikan fizikal?
Adakah ia keselamatan kewangan?
Adakah ia satu perjanjian perniagaan?
Adakah ia satu pertukaran antara keselesaan dan kesetiaan?

Atau sebenarnya ia sesuatu yang jauh lebih besar?

Perkongsian hidup.
Tanggungjawab bersama.
Membina masa depan untuk generasi seterusnya.


KEBENARAN PAHIT

Ramai orang menghabiskan setahun merancang majlis perkahwinan.

Tetapi tidak seminggu pun mempersiapkan diri untuk kehidupan perkahwinan.

Kita rancang dewan.
Kita rancang pakaian.
Kita rancang makanan.
Kita rancang hiasan.

Tetapi siapa yang mempersiapkan pasangan untuk:

Tekanan kewangan?
Pertelingkahan?
Membesarkan anak?
Kematangan emosi?
Komitmen sepanjang hayat?

Apabila realiti muncul…

Ilusi mula runtuh.

Pertengkaran bermula.
Harapan bertembung.
Jarak emosi muncul.

Dan akhirnya… peguam masuk campur.


SOALAN TERAKHIR

Sebelum seseorang berkata "Saya terima nikahnya" atau "I do", tanya diri sendiri satu soalan yang sangat jujur.

Adakah saya bersedia membina sebuah rumah tangga…

atau sekadar mahu sebuah majlis perkahwinan?

Kerana majlis hanya berlangsung satu hari.

Tetapi kesan sebuah perkahwinan yang gagal boleh menghantui seumur hidup.

Comments

Popular posts from this blog

Karamjit Singh – The Flying Sikh Malaysia Forgot

Malaysia’s Silent Cancer – Are We Leaving the Nation in Such Hands?

Was He Caught Without His Pants: The Death of Fixed Deposits & The Rise of Thinkers